Tepat Memburu Kebenaran

Tepat Memburu Kebenaran

TEPAT MENCARI SASARAN BERITA TERKINI

My photo
Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
utara.bangkit44@gmail.com

3/10/2012

Azmin Ali Bakal Disingkirkan Dari PKR ? Betul ker ?












Jika para penganalisis politik menganggap PAS Kedah sedang menghadapi krisis kepimpinan
 yang runcing, Parti Keadilan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim bertambah lagi kepincangan
dalamannya.
Kejadian khalwat yang didakwa membabitkan Ketua Penerangan Negeri Selangor, 
Dr Badrolamin Bahron dengan isteri orang di Kuantan, 25 Februari lalu, bukan sahaja
 telah melenyapkan peluang orang kuat Anwar itu untuk menjadi calon pada pilihan
 raya umum akan datang, tetapi juga secara tidak langsung telah membongkar satu
 skandal politik yang bakal menggugat masa depan parti reformasi jalanan itu.
Ketika Dr Badrolamin yang dipanggil 'ustaz' di kalangan penyokong PKR, di tahan 
 dalam serbuan oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang di sebuah hotel di Kuantan,
 beliau dikatakan berada di ibunegeri Pahang itu kerana menghadiri satu perjumpaan
 dan taklimat parti.
Maklumat yang tidak diketahui oleh kebanyakan pimpinan PKR peringkat samada 
di peringkat negeri mahupun di peringkat cabang ialah perjumpaan itu bersifat rahsia 
dan mereka yang hadir adalah atas jemputan khas sahaja.
Sumber dalaman PKR memberitahu taklimat tersebut dianjurkan di bawah 
pengawasan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.
Amat mengejutkan perjumpaan yang turut dihadiri oleh Anwar dan Presiden PKR, 
Wan Azizah Wan Ismail serta Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar TIDAK disertai 
oleh Timbalan Presiden, Azmin Ali.
Sumber PKR memberitahu, Saifuddin sengaja mengadakan taklimat khas 
itu tanpa pengetahuan Azmin dan mengambil peluang keemasan ketika
bekas Setiausaha Sulit kepada Anwar itu berada di luar negara.
Lebih mengejutkan mereka yang hadir pada perjumpaan iu adalah individu-individu 
 yang berpotensi besar dipilih sebagai calon pada PRU ke-13 nanti.
Satu kesimpulan boleh dibuat daripada perjumpaan tersebut.
iaitu pengaruh Azmin di dalam PKR semakin berkurangan dan nampaknya beliau kian disisih.
Ini jelas terbukti apabila Anwar dan Wan Azizah merestui taklimat yang dipanggil 
oleh Saifuddin khas melalui SMS sahaja tanpa sebarang jemputan rasmi secara bertulis.
Dikalangan ahli PKR, menjadi satu rahsia terbuka bahawa Saifuddin dan Azmin 
tidak sebulu dan Setiausaha Agung itu dilihat sebagai pencabar berpotensi 
mengugat jawatan Timbalan Presiden yang dipegang Azmi kini pada pemilihan parti tahun depan.
Azmin kini dikatakan sedang 'mengamuk' kerana majoriti mereka yang dijemput 
Saifuddin ke perjumpaan rahsia itu bukan kroni atau pilihan Azmin sebagai 
 calon yang akan bertanding samada kerusi Parlimen atau DUN.
Azmin dikatakan akan menyuarakan ketidakpuasan hatinya pada mesyuarat 
Biro Politik parti dalam masa terdekat.

Kehadiran Wan Azizah juga seolah-olah dilihat mengabsahkan teori bahawa beliau 
 sebenarnya tidak sukakan Azmin sejak era Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi.
Apatah lagi pada pemilihan parti 2010, anaknya Nurul Izzah pada satu ketika menimbang 
untuk turut serta dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.
Kini apa yang berlaku di Kuantan dua minggu lalu mengesahkan kumpulan 
Wan Azizah telah melakukan rampasan kuasa terhadap Azmin.
Kumpulan Wan Azizah dikatakan terdiri daripada Nurul Izzah, Saifuddin,
Khalid Ibrahim, Tian Chua, Shamsul Iskandar Mohd Akin serta Mustafa Kamil Ayub.
Mereka ini secara terang-terangan menunjukkan rasa tidak puas hati dan setuju 
dengan tindakan dan dakwaan penyelewengan berleluasa yang didalangi oleh 
pihak yang didokong Azmin pada pemilihan parti lalu.
Azmin pula di sokong oleh Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, 
ADUN Batu Caves dan ADUN Seri Muda, Shuhaimi Mat Shafiei.
Dalam pertelingkahan dua puak dalam PKR ini, Anwar memainkan
 peranan pecah dan perintah.
Tindakan beliau merestui taklimat rahsia itu seolah-olah mahu mengekang 
kuasa dan pengaruh Azmin di dalam parti dan memastikan Nurul Izzah satu hari nanti akan mewarisi PKR dari ibunya.
Yang menarik dalam masa terdekat apakah bentuk tindakan politik yang 
bakal diambil oleh Azmin bagi menyerang balas gerakan Saifuddin bagi 
mengekalkan kuasa dan pengaruh sebelum beliau kehilangan kedua-duanya.


Kata2 Dari Sniper : Kalau nak singkir Azmin , Saifuddin Nassution kenalah buat kerja berat sikit ///



No comments:

Post a Comment