Tepat Memburu Kebenaran

Tepat Memburu Kebenaran

TEPAT MENCARI SASARAN BERITA TERKINI

My photo
Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
utara.bangkit44@gmail.com

4/23/2011

TERJEMAHAN DARI ULAMA SINGAPURA MENGENAI TINGKAH LAKU NIK AZIZ.



INSAFLAH WAHAI PUAK-PUAK KHAWARIJ PAS.

Terkini!!! Bukti Bergambar Kehadiran Ceramah Umum Khalid Ibrahim Dibawah 800 Orang

Acara kemuncak sempena lawatan MB Selangor ialah Ceramah 
Umum bersama Khalid Ibrahim bertempat di Kompleks Sukan 
Pandamaran

Dilihat dari layout khemah yang disusun dalam bentuk U, kapasiti 
maksimum yang boleh diisi untuk ceramah umum tersebut ialah 
seramai 5,000 orang. Namun kehadiran sebenar, adalah sekitar 
800 orang.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, bilangan kereta 
hanyalah seumpama kehadiran di temasya sukan tahunan 
sekolah rendah.

Laluan traffik lega dan tidak sesak sama sekali. Anggota 
RELA dan anggota penguatkuasa traffik MPK ternyata 
relaks dan cuma duduk bersembang-sembang kerana 
tidak banyak traffik yang mengganggu lalu lintas.

Kira-kira 10 gerai makanan di lokasi ceramah dengan 
pelanggan yang amat sedikit. Yang pastinya peniaga 
terpaksa memakan sendiri makanan yang sepatutnya 
dijual pada malam tu.

Kemalapan kehadiran, bermakna malaplah masa depan 
Pakatan Rakyat Selangor!

Kerusi kosong menghiasi kawasan bawah khemah

Tak sampai hati ambil dari depan, cuma curi dari 
belakang

Bak kata dari sniper "pergi jahanam lah PR nih selagi 
dok berkawan dengan DAPig".















4/06/2011

Mirip suami tetapi bukan Anwar - Wan Azizah!

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini menafikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai individu dalam rakaman video yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

Bagaimanapun pada sidang akhbar khas di kediamannya di Segambut, di sini, Wan Azizah yang ditemani anaknya, Nurul Izzah dan beberapa pemimpin pembangkang dilihat agak emosi apabila menjawab soalan daripada wartawan terutamanya berkaitan jam Omega yang didakwa ada dalam simpanannya.

Menurut Wan Azizah, setelah menonton klip video itu menerusi Internet, beliau dan anggota keluarga percaya lelaki dalam video tersebut yang mirip suaminya, bukan Anwar.

"Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berbeza daripada susuk badan Anwar.

"Sejak lebih setahun lalu, anak-anak sering menemani bapa mereka (Anwar) melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi. Ia sebahagian aktiviti pemulihan kesihatan tulang belakangnya.

"Anwar ketika ditahan dalam lokap sering bersenam, jadi badannya tegap. Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami," katanya.

Media hari ini melaporkan rakaman video itu yang dimuat naik ke laman sosial YouTube dipercayai sebahagian daripada rakaman selama 20 minit yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan di Hotel Seri Carcosa, baru-baru ini.

Wan Azizah berkata, walaupun polis mengesahkan video seks itu tulen, ia tidak membuktikan bahawa suaminya merupakan pelaku dalam video tersebut.

Ditanya berhubung jam tangan Omega milik Anwar yang dikatakan berada dalam simpanannya, Wan Azizah enggan menunjukkan barang bukti itu sebaliknya mempersoalkan tindakan wartawan yang dianggap cuba bertindak seperti polis.

"Kenapa saya mesti tunjuk kepada anda (wartawan), awak semua bukan pendakwa," katanya.

Jam tangan Omega dipercayai milik Anwar diserah trio Datuk T kepada polis bagi membantu siasatan rakaman video seks tersebut.

Dalam pada itu, Wan Azizah ketika ditanya mengenai kesediaan pihaknya untuk melakukan sumpah secara Islam atau dibukti secara saintifik menggunakan mesin poligraf menegaskan, kedua-dua kaedah itu tidak relevan kerana ia taktik UMNO.

Beliau turut menolak cadangan beberapa pihak supaya diwujudkan Suruhanjaya DiRaja bagi siasatan terperinci skandal video seks tersebut atas alasan rakaman video itu sudah tersebar.